35 Results Found for "Spiritual"
Apa Itu Takdir?

Tarbiah2

5

Sebelum saya tulis bab takdir ni, pertamanya saya nak bagi kredit utama kepada penulis yang agak terkenal di Malaysia, iaitu Hamka Kereta Mayat yang dah menulis buku Semusim Di Syurga dan Semusim di Neraka. Sebelum saya tulis mengenai takdir ni, saya merujuk beberapa kitab yang tulis tentang takdir, antaranya Hadis 40 himpunan Imam An Nawawi, Aqidah Islam tulisan Almarhum Sayyid Sabiq, Mengapa Aku Menganut Islam tulisan Al Marhum Fathi Yakan, dan lain-lain. Setelah tu, bila saya baca tulisan Hamka Kereta Mayat dalam artikelnya yang bertajuk “Apa itu TAKDIR?”, saya sangat teruja kerana dia berjaya menyimpulkan kesemua yang diulas ulama’ muktabar tentang takdir dalam bentuk yang sangat mudah faham oleh manusia tak berapa pandai macam saya. Sebenarnya bab takdir ni mudah je, iaitu kita beriman dengan qada’ dan qadar. Kita beriman bahawa semua ketentuan dan ketetapan Allah dah uruskan, dalam masa yang sama kita berusaha semampu yang boleh atas kapasiti hamba dalam urusan dan pilihan yang kita boleh buat. Contohnya, seseorang ni berusaha belajar sungguh-sungguh nak jadi ahli farmasi, tetapi Allah nak sebaliknya, maka ditakdirkan jadilah dia seorang penulis dan admin Tarbiah Sentap. Haha.             Contoh atas tu terlalu umum untuk faham bab takdir. Bersabar, dan jangan panik. Tetiba je. Tetapi kalau kau boleh faham, memang “win” lah. Takdir ni mudah saja nak hadam sebab ia banyak melibatkan yakin dengan sebenar yakin kepada perkara yang kita tak nampak, dan adakalanya yakin sungguh-sungguh terhadap perkara yang di luar logik otak kita. Tetapi disebabkan ada golongan yang nak sangat penjelasan logik dan ikut kepala akal mereka, maka penjelasan bab takdir ini ada sedikit falsafah walau sebenarnya senang saja nak faham. Tetapi akhirnya mereka tetap keliru dan pening kerana ada perkara yang tak tercapai dek akalnya. Lalu tu yang berlaku penyelewengan sampai ke laut, bukan zaman sekarang je, bahkan sejak dulu lagi. Arghh.             Islam ini bukan semata-mata agama logik akal, tetapi yang utama adalah Islam ini adalah agama Tauhid, iaitu kau beriman atau yakin dan percaya sama ada ia logik atau tak, selagi mana ia benar dari al Quran dan As Sunnah yang sahih. Contoh, kalau ikut logik akal, mana wujud malaikat, sebab malaikat pun kita tak pernah nampak. Tetapi sebab apa kita percaya? Sebab Allah dan Rasulullah beritahu pada kita. Ini bukan percaya membabi buta, ini percaya ada sumber yang tepat, iaitu al Quran dan As Sunnah yang sahih. Sumber yang asli dan original, bukan cetak rompak.             Salah faham ini menjadi antara faktor wujudnya dua golongan besar yang salah faham tentang takdir, iaitu golongan Ja’bariah dan Qadariah. Pernah dengar tak? Alaa, golongan ini kita ada belajar masa sekolah menengah lagi. Itu la, study sebab nak exam je semata-mata, kan dah apa pun tak ingat. Kalau kita belajar di sekolah, ada satu golongan ini yakin yang semuanya datang dari Allah. Jadi tak payah nak susah-susah untuk buat apa-apa perkara sebab semuanya dah ditakdirkan. Syurga, Neraka, pahala, dosa, minum arak, dengar lagu Kpop atau Bangla Pop (Bpop), peluk artis Korea, Bangla, Melayu dan lain-lain, baca novel dan layan drama cinta, baca buku Aku Bukan Malaikat (eh?) atau semua bagai tu dah ditakdirkan. Nak buat macam mana kan? Kata mereka lah. Yang lagi satu pula golongan yang percaya bahawa semua perkara datang dari diri sendiri. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Siapa tak usaha, dia tak dapat, padan muka. Dia tak yakin dengan hidayah Allah, tak percaya dengan rezeki yang Allah tetapkan, jodoh yang Allah dah sediakan, dan kematian yang Allah takdirkan. Jadi kesimpulannya, kedua-duanya salah.

22 Petua Mudah Hafal Al-Quran (Edisi 2017)

PENGKAJI DAN PENCARI FAKTA

5

NOVEL INI ADALAH EBOOK KARYA SUHILI NAIN . BUKAN KARYA SAYA . HANYA COPY DAN INSYAALLAH SUDAH DIBERIKAN KEBENARAN . 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran (Edisi 2017) Penulis: SUHILI NAIN www.facebook.com/suhili.nain Pereka Ecover 3D: SUHIMI NAIN www.facebook.com/suhimi.nain Anda dialu-alukan untuk sebarkan ebook ini kepada rakan-rakan anda. Kongsikan ebook ini melalui Facebook, Telegram, WhatsApp, Blog, Emel dan seumpamanya tanpa lakukan sebarang perubahan. Sekiranya anda temui sebarang kesilapan dan kekurangan dalam ebook ini, silakan untuk hubungi saya melalui Facebook saya agar saya dapat membetulkannya. Semoga ebook kecil ini bermanfaat buat anda yang membaca! ^_^ Isi Kandungan. Penulis – Suhili Nain. Mengapa Tidak Berjaya Menghafal Al-Quran? Bahagian 1: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran. 1. Niat dan Kemahuan. 2. Mulakan Sekarang. 3. Tetapkan Tempoh yang Jelas. 4. Pecahkan Menjadi Bahagian Kecil. 5. Menghafal Waktu Pagi. 6. Cari Guru atau Mentor. 7. Gunakan 1 Mushaf Khusus. 8. Pilih Sahabat dan Kawan. 9. Jauhi Maksiat. 10. Berdoa Kepada Allah SWT. 11. Ulang Hafalan Setiap Hari. 12. Manfaatkan Bulan Ramadhan. 13. Fahami Al-Quran. 14. Tulis atau Salin. 15. Dengar Bacaan Al-Quran. 16. Baca Dalam Solat. 17. Jadilah Al-Quran Yang Berjalan. 18. Ajarkan Al-Quran. 19. Utamakan Kualiti Hafalan. 20. Bersederhana Dalam Usaha. 21. Jangan Putus Asa. 22. Raikan Kejayaan Kecil. Bahagian 2: Bicara Tentang Al-Quran. Berkat Membaca Al-Quran. Permulaan Ilmu Menghafal Al-Quran. Al-Quran Sebagai Buku Manual Kehidupan. Aplikasi Al-Quran dalam Telefon Pintar. Menghafal dan Mengulang dalam Perjalanan. Hafalan Nombor Ayat Bagi Surah Al-Quran. Menambah Iman dengan Al-Quran. Peta Menuju Syurga. Bacalah Tafsir Al-Quran. Menyemai Al-Quran dalam Minda Anak. Menghafal Al-Quran Kewajipan Penuntut Ilmu. Kereta, Hati dan Al-Quran. Hanya Al-Quran Kitab Mukjizat. Membaca Al-Quran di Rumah. Tanda Cinta kepada Allah SWT Adalah Mencintai Kitab-Nya.