52 Results Found for "Crime"
DARAH KELABU

szhahmiey

4

Kisah ini mengisahkan tentang tiga sekawan yang berkawan erat.Mereka bertiga tinggal disebuah kampung yang jauh sekali dengan bandar,iaitu kg.Manis tiga sekawan tadi ialah,Syafiq,Ema,dan Hisyam. Suatu hari penduduk kampung Manis,digemparkan dengan berita,"bahawasanya dalam kampung ini ada kes pecah rumah dan kes Bunuh".Apabila penduduk kampung mendengar khabar berita ini dari ketua kampung,"penduduk kampung mula tidak keluar dari rumah dan kesemuanya mula membeli bekalan awal dikedai runcit yang berdekatan"Mereka kata'biarlah duitnya habis kerana guna untuk keperluan dan makanan,janji jangan habis ditangan penyamun'. Ada yang kunci (pintu) rumah rapat-rapat sampai habislah (pedaiayam).Tidak langsung keluar dari rumah,dan golongan lelaki yang bekerja diluar bandar dan kampung seberang,tidak langsung pergi ke kerja dan minta cuti selama sebulan'ada juga yang berhenti kerja terus demi menjadi keluarga. tiba-tiba suatu hari,bekalan tangki air disungai kampung itu,tiba² terputus dan desak untuk digunakan.Orang kampung,tiada air untuk digunakan kerana tangki air pecah dan melimpah kearah lain.Tok ketua tidak ada cara lain,sudah?Lalu Ia mencabar lelaki jati (Dewasa) kampung ini untuk mencari semula bekalan air itu supaya kearah paipnya dan kearah yang betul?Bekalan air bersih dan jernis terdapat dan ia turun melalui bukit gunung berdamai"Di atas sana"?Jawab tok ketua.Lalu kesemua lelaki jati kampung manis !!takut!! Tapi mustahilah,kerana tiga sekawan tadi''Syafiq,Ema,Hisyam",degil dan melampau.Mereka langsung tidak dengar cakap tok ketua dan ibu bapa mereka.Mereka keluar dari rumah dan pergi ke puncak gunung berdamai,yang terdapat dan terdekat di kampung tersebut. Ibu bapa mereka mula hiraukan mereka,mereka keluar tanpa pengetahuan.Lalu berkumpul penduduk kampung di dewan kampung jadi pada jam 19:00 malam.Erat disitu tok ketua menyuruh golongan lelaki jati (Dewasa) Supaya mencari 3sekawan tadi?(Mereka pergi). Malam menjelma tiba,Mereka terpaksa bermalam di situ?Hisyam menyalakan unggun api,Ema mendidih(menjerang) air didalam (ceret),Tapi tidakah pelik,Dimanakah !!Syafiq!! Email mula menyedarinya,dan lantas khabar kepada Hisyam !!Mereka berdua berasa hirau dalam ketakutan!! Tiba-tiba ada satu jeritan yang memekik !!Arrhhh,Tolong²!!Dari arah dalam gua dalam hutan gunung berdamai.Ema dan Hisyam menyedari,lalu pantas berdesuk ke arah gua mereka berdua tertanya-tanya,Dimanakah beliau'syafiq'.Dengan lantas,Email yang memegang lampu suluh lalu menegaskan cahaya kearah disebalik pokok kirinya kerana sebentar tadi lalimunan pokok itu berhinggut,Hisyam yang memegang obor itu lalu melantaskan obor itu kearah kedua pokok kanannya.Tiada satu bayang pun yang muncur.Lalu Ema berjalan itik sedikit kerah belakang,tiba-tiba ema dipukap dengan sehelai kain dengan tangan terpendam kemulutnya.Ema ditarik dan diheret.Hisyam bertoleh kedepan lalu menghidam kebelakangan,ia bergetar !!arhh ema-ema,mana hang"lantas loghat utaranya!!lalu kekejamannya ia terus pitam kerana (dikatok).Lantas mengheret... !!Siapakah yang mengheret mereka agaknya itu!!tertanya-tanya? !!Penduduk kampung masih mencari!! Orang yang menagkap mereka itu digua ialah,Samad and the geng,Perompak dan penyamun kejam?Mereka bertiga lalu tersedar dari nyahpitam?Ema lalu memekik lantas apabila mendengar suara garau orang kampung diluar sana"Mereka diluar terperasan dengan jeritan ema.Lalu Samad mengambil sebatang kayu dan lantas menyentap Ema,tapi dihalang oleh hisyam" Hisyam terus jatuh dan kepalanya mengeluarkan titis darah,Ema undur dan terkejut?Syafiq bangun dari duduk,terus melawan,syafiq lantas menumbuk dada samad dan lalu berkata"Oh!Selama ini kau,lah yang mencuri dikampung kami dan kaulah yang membunuh kambing aku!!" "Samad ketat mentertawakannya? Lalu syafiq dibaham tumbukkan.Samad yang 22Tahun itu nyahkan tendangan pula kemuka syafiq.Syafiq menjerit !!arrhhh!! aduh?Kini tinggal ema sahaja seorang yang masih tidak dicederakan kerana dendam,kata samad? Ema mundur kebelakangan lalu mahu keluar dari gua itu untuk memohon pertolongan,tapi dihalang oleh johan iaitu pembantu samad yang sama jahat?Ema ketakutan lalu menjerit lagi !!Arhh,tidak² aku tak mahu semua ini!!Samad mahu merogol ema,lantas Ema mendapatkan kayu,lalu !!Subbb!!Nah kau...mati,kau!!Ema mengatak samad. Samad sememangnya tidak cedera lagi,Samad lalu mengambil pistolnya lalu menembak Ema.Ema kusut dengan lumpuran darah... Tiba-tiba Darah Ema tadi yang berwarna merah hati tadi bertukar kekelabuan?Samad dan gengnya terus memecut lari dan menyiapkan barang,untuk keluar dari gua tersebut. Bunyi Lambang merah dan biru itu terdesak lalu,menurun pantas mengepung.Itu Siaran dakapan dari polis. !!Siapkah yang menghubungi pihak polis pula nii,jawab Samad,!!DiSebalik kejadian ini telah diberitahu oleh Johari iaitu kawan sAmad yang sudah lama tidak erat dengan samad!! Berbalik kecerita tadi,Darah Ema yang KELABU itu sangat benar,lalu bunyi embuilen pula datang,penduduk kampung sudah menemuinya? Syafiq dan Hisyam beserta ema dibawa ke hospital,Hisyam dan Syafiq sedar dari kesakitan hanya luka kecil sahaja pada mereka berdua?Ema Belum masih sedar?Lalu doktor menegas kepada ema,ahli pasukan doktor menerusi pembedahan, Ema dibedah,Peluru yang terdesupp kedalam isi perut ema didadanya dikeluarkan.(Sudah habis pembedahan).Ibu dan bapa ema bertanyakan kepada doktor"Sebab apakah darah anak saya berwarna KELABU bukannya merah"-KATA dari doktor tersebut,Darah ema berwarna KELABU kerana terdapat "toxic" dan asid "bionic"dalam peluru tersebut sehingga menyebabkan asid bekalan peluru itu (adalah bukannya peluru asal dan betul tapi hanya sekadar peluru kapur).Sehingga menyebabkan serbuk penawanan ''toxic'' kimia tersebut beredar keotak dan tisu badan bekalan darah... Tapi jangan hiraukan,pihak kami sudah menyuntik darah dan menambah darah yang baru dalam badan Ema,jawab doktor itu? (Ema,sudah sembuh:-) Samad and the geng,ditangkap polis, Penduduk kampung manis selamat, bekalan air elok semula. TAMAT

MAWAR

DON'T ASK

5

MAWAR sudah mencari bahan-bahan untuk melaksanakan ilmu sihirnya. Dia tidak mahu berlengah-lengah. Dia tidak sabar mahu menggunakan ilmu pelet itu kepada Tuan Malek. Dia mahu lelaki itu tunduk di kakinya. Dia mahu lelaki itu mengikut segala kata-katanya. Mawar duduk bersila. Segala pintu dan jendela dibiliknya telah ditutup dengan rapat. Hanya cahaya lilin yang menemani. “Kau akan bantu aku kan?” Mawar tahu lembaga itu ada di belakangnya. “Kau dah bersedia?” Mawar tersengih. “Aku dah lama bersedia.” Mawar mengeluarkan foto Tuan Malek. Foto itu telah berjaya di curi dari album gambar Tuan Malek. Dia mencerobohi masuk ke bilik lelaki itu secara senyap-senyap. Gambar itu diasapkan pada kemenyan yang sudah bakar. Mawar terkumat-kamit membaca jampi yang dibisikkan ke telinganya. Gambar itu digulung lalu memasukkan gambar itu ke dalam botol. Botol itu digantungkan. Ini hanya satu permulaan. Tuan Malek yang sedang lena di kerusi rehatnya itu tersedar dari tidur. Seluruh tubuhnya berasa sejuk hingga ke tulang sum sum. Pandangan matanya mulai kelam. “Abang!” tubuh Tuan Malek dipaut oleh Puan Halida. “Kepala abang rasa pening.” “Abang rehat dalam biliklah.” Puan Halida membantu suaminya itu melangkah. Anak perempuannya yang sednag bermain itu dibiarkan bersama orang gaji mereka. Tuan Malek berbaring di atas katil. Lengannya diletakkan pada dahi. Tidak pernah dia berasa tubuhnya lemah begini. Sakit kepala yang mencengkam menambah rasa berat pada tubuhnya. Puan Halida kembali dengan segelas air dan ubat. Dia membantu suaminya itu bersandar pada katil. Dua biji pil dihulurkan. Tuan Malek menelan ubat tersebut. Air kosong itu diteguk hingga habis. “Jangan fikirkan sangat soal kerja-kerja di pejabat.” Desis Puan Halida. Tuan Malek tidak membalas. Dia memenjamkan matanya. Wajah Mawar menerpa. Terus saja dia membuka matanya kembali. Kenapa wajah gadis itu berada di ruang matanya? Gadis itu tidak pernah penting dalam hidup Tuan Malek. Ya, Mawar cantik tetapi gadis itu hanya sekdar satu persinggahan di kala dia kesunyian tanpa teman. “Abang…” “Keluar!” Puan Halida hanya menurut. Pintu bilik itu ditutup perlahan-lahan. Jika dia melawan kata hanya pertelingkahan berlaku antara mereka. Dia perlu mengalah. TUAN MALEK menggelisah. Wajah perempuan-perempuan yang dilihatnya akan terpapar wajah Mawar di situ. Apa yang tidak kena pada dia? Tuan Malek mengaturkan langkah panjang masuk ke bilik pejabatnya. Tuan Malek melurut rambutnya ke belakang. Tali lehernya dilonggarkan. Dia menghenyak punggung pada kerusi. Komuter riba segera dihidupkan. “Aku tahu kau rindukan aku…” Suara halus Mawar seperti berbisik-bisik manja di corong telinga. Tok! Tok! Pintu bilik pejabat itu diketuk. “Masuk!” Gadis yang menjadi setiausahanya itu meletakkan fail di dada meja. Tuan Malek mengangkat kepala. Wajah Mawar yang sedang tersenyum manis kelihatan di depan mata Tuan Malek lagi. Tuan Malek mengalih pandang. “Keluar!” “Tapi Tuan Malek, dokumen ni kena sain segera.” “Keluar!” Tuan Malek meninggikan suara. Gadis itu meninggalkan fail terbabit terus di meja Tuan Malek. Dia keluar tanpa banyak bicara. Tuan Malek mencapai fail tersebut lalu menurunkan tandatangannya. Dia menutup fail tersebut lalu ditolak ke tepi. Dia mula merasakan seperti ada tangan memeluk tubuhnya dari belakang. Jemari halus bermain di wajahnya. Dia jadi asyik. Namun, hanya seketika. Dia bangkit dan memusingkan tubuhnya. Tiada seiapa. Jantungnya berdengup laju. MAWAR menghayunkan buaian. Dia yakin bayangan wajahnya sedang menghantui fikiran Tuan Malek. Mawar ketawa kecil. Lembaga yang bersamanya itu bertenggek di dahan pokok. Dia seronok mendampingi gadis itu. Dia sukakan warna hitam hitam yang makin menebal tumbuh di hati Mawar. “Selepas ini, aku tidak perlukan perlindungan dari sesiapa lagi.” “Kau angkuh sekali. Kau lupa yang aku melindungi kau. Tnapa aku usaha kau itu tidak berjaya.” “Benar, tanpa kau apa yang aku ingin lakukan itu tidak berjaya.” Mawar terus menghayunkan buaiannya. “Mawar,” Zakuan muncul di belakang adiknya itu. Dia mulai perasan yang Mawar sering kelihatan bercakap sendirian kebelakangan ini. Mawar akan ketawa dan senyum sendirian. Mawar menoleh. Dia melompat turun dari buaian. Dia memaut lengan abangnya itu. “Lepas ini, abang tak perlu bersusah hati pasal Mawar lagi. Mawar sudah boleh jaga diri Mawar.” “Mawar, abang tetap bimbangkan Mawar. Abang kan dah janji akan lindungi Mawar selagi abang bernafas.” Mawar senyum. Dia melekapkan kedua telapak tangannya pada muka Zakuan. Dia suka memandang mata jernih Zakkuan. Mata itu menenangkan hatinya. “Mawar dah ada kawan yang akan lindungi Mawar.” “Kawan? Siapa kawan Mawar tu?” Zakuan bertanya. Setahu Zakuan Mawar tidak mempunyai kawan-kawan. Jauh sekali teman lelaki. “Itu… atas dahan pokok tu.” Mawar menunjuk. Air muka Zakuan berubah. Tiada sesiapa yang dia lihat pada dahan pokok itu. Mawar cuba mempernmainkan diakah? “Mawar, jangan buat perangai lagi, boleh?” “Abang tak percaya pada Mawar? Abang tak nampak ya kawan Mawar tu.” Mawar menyilangkan tangan. Zakuan menarik Mawar ke dalam pelukannya. Air matanya bertakung. Dia faham akan perasaan Mawar. Dia tidak salahkan Mawar. Bukan itu yang Mawar pinta. DIA cukup berhati-hati turun dari jendela biliknya tanpa sebarang tali menjadi bantuannya. Malam ini dia perlu melakukan sesuatu. Kerja itu hanya dilakukan waktu malam begini. Dia meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Tanah perkuburan dari banglo mewah itu hanya memakan masa 20 minit. Tiada langsung peasaan getarnya ketika berada di tanah perkuburan itu waktu tengah malam begini. Khabar tentang seorang anak dara mati diunuh dengan kejam yang baru dikebumikan siang tadi memudahkan kerjanya. Dia menarik cangkul. “Kau betul-betul hati kering. Bagus. Aku sukakan kau.” Lembaga yang sering mengikutnya itu muncul di depan mata. Lolongan anjing tidak diendahkan. Mawar menghayunkan cangkul. Tanah kubur yang masih merah itu dikorek. Dia terus mengorek sehingga cangkul menyentuh pada papan keranda. Dia turun ke dalam lubang kubur. Papan yang menutup jazad di dalamnya mual ditarik satu-persatu. Dia bercekak pinggang sebaik melihat jasad di dalamnya. Lembaga itu hanya menjadi pemerhati. Mawar naik semula ke atas mengambil beg galasnya. Guruh mual bergema di kaki langit. Mawar mengeluarkan segala barang yang dibawa. Mawar membuka ikatan pada bungut jasad gadis itu. Dia menghidupkan lilin. Api lilin dihalakan pada dagu jasad itu.