511 Results Found for "Other"
Kenapa nak sangat kahwin?

Tarbiah

0

Bismillah. Bila cerita bab kahwin ni, ramai yang suka. Saya pernah bagi talk pasal kahwin, pergh, ramai gila orang datang. Tapi, bila sentuh bab Tarbiah ke, dakwah ke, sambutan tak sehangat yang topic kahwin la, cinta la, dan sebagainya. Saya pun tak tahu apa yang best sangat bab kahwin ni. Tapi, apa yang saya nampak, sangat ramai orang yang tak faham pun pasal kahwin ni. Bahkan, ramai yang salah faham. Di sebabkan itu, saya nak ulas beberapa isu berkenaan kahwin ni, dan apa kaitannya dengan dakwah dan tarbiah. Ye lah, saya rasa, saya kena explain bab kahwin ni pada korang atas banyak faktor. Antaranya, kalau korang nak tahu, purata statistic penceraian setiap tahun di Malaysia ialah sebanyak 27,000 kes. Bermakna, kalau kira, 27,000 bahagi dengan 365 bersamaan 73. Bermakna, sehari aka nada 73 kes cerai yang di daftarkan. 73 bahagi 24jam bersamaan 3. Means, setiap satu jam, ada 3 kes cerai di daftarkan. Pergh. Kronik beb. Kronik. Sedih pulak rasanya. Hmm.. Back to the topic. Bila sebut pasal kahwin, zaman sekarang, budak darjah 1 dah berani kata “Aku nak kahwin dengan awak” dekat awek or pakwe dia. Belum cerita sekolah menengah, universiti bagai. Kadang-kadang, tension jugak nak handle benda ni. Insyallah, saya akan hurai bab kahwin ni dalam beberapa aspek supaya korang boleh faham secara terperinci, dan harap-harap, bila korang faham benda ni, dapatla korang jadi lebih bertanggungjawab dan matang. Saya akan explain beberapa point: 1) Kenapa kena kahwin? 2) Kahwin awal atau lambat mana lagi bagus? 3) Isu keluarga yang menghalang perkahwinan? 4) Isu Istikharah 5) Kesimpulan Ok, dah bersedia nak tenggelam dalam lautan perbincangan kita pada kali ni? Tarik nafas, turun nafas, pejam mata, betulkan niat, doa agar di beri kefahaman, buka mata. Kalau boleh, sediakan pen ataupun highlighter untuk garis point-point penting insyallah. Jom mulakan!!!

Tunjukkan Aku Kiblat

stashha aysha

4.9

Satu persatu lelaki hadir di dalam hidup Sara dan setiap daripada mereka punya kisah berbeza. Izzarif, Firhad, Karl dan Rashidi, antara lelaki yang tidak pernah jemu menabur janji dan memberi harapan namun masih belum cukup buat Sara kenal erti bahagia. Izzarif: “Memang Zarif sedang usaha kumpul duit tapi Sara tentu fahamkan yang Zarif ni hanya mekanik yang tidak bertauliah. Nak kumpul banyak tu susah juga. Semua tu perlukan masa” Firhad: “Buang yang keruh ambil yang jernih, Sara. Kalau asyik teringat cerita lama, sampai bila-bila pun kita takkan dapat mencipta cerita baru” Karl: “Even Karl dah kahwin nanti, kalau Sara nak jumpa Karl just bagitahu saja, ya. Karl akan luangkan masa untuk Sara. Karl janji untuk tidak abaikan Sara sampai bila-bila” Rashidi: ‘Happy anniversary, sayang. Maaf sebab abang tak dapat berada di sisi sayang. Abang terlalu cinta dan rindu sayang. Take care’ Noreen: “Err…kau tak takut ke?” “Nak takut apa, Noreen?” “Tak takut Tuhan marah ke?” “Ooo…hmm, sejak bila ni kau mula takut Tuhan?” Demi mencari sebuah kebahagiaan, Sara mula tersasar dari landasanNya yang membuatkan dirinya lupa diri, lupa keluarga juga lupa Yang Maha Esa. Dengan penuh keegoan, dia mencabar kuasa Ilahi dan mula membelakangkan Tuhan. Setiap perbuatan pasti ada pembalasan. Masih adakah kesempatan kedua buat Sara untuk menebus dosa silamnya? Mampukah Sara mengecapi kebahagiaan yang sering diidamkannya selama ini? Wujudkah insan yang benar-benar sudi menerima Sara seadanya? “Semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT. Berdoa dalam hati dan minta kepadaNya agar dipermudahkan segalanya. Dari Dia kita datang dan dari Dia jualah kita akan kembali. Minta pada Allah, InsyaAllah Dia Maha Mendengar. Subhanallah… Alhamdulillah…Allahuakbar”

DIAGNOSIS: DELUSI

DR. AMALINA SYAFIQAH | DR. NOR ARIFAH

1

DR. AMALINA SYAFIQAH ZAKARIA, MBBS Anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik. Bercita-cita mengelilingi dunia sambil menyumbang kepada masyarakat. Mempunyai treehouse dan bookstore sendiri adalah bonus. Belajar daripada guru-guru hebat di SK Pusat Kuala Ibai, SMK Sultan Sulaiman, MRSM YT-Besut, MRSM Jasin dan CUCMS. Sukakan cabaran dan benda baru. Minat akan seni, inovasi dan outdoor activities. Imaginasi dan kreativiti pencetus motivasi. Jatuh cinta dengan alam semula jadi. Alhamdulillah, berkat doa aboh yang dihargai, Zakaria bin Abdullah, dan mama yang disayangi, Amam Hayati binti Salleh, buku ini akhirnya berjaya juga disiapkan. Terima kasih juga kepada Along yang sado (Syafiq), Kak Long yang baik (Ira), Alang yang bijak (Arif), Achik yang handsome (Uzair), Ateh yang putih (Ifa), Akak yang rajin (Erin) dan Adik yang comel (Raudhah) atas segala dorongan, paksaan dan katakata nasihat yang diberikan. Tidak dilupakan juga para pensyarah CUCMS yang tersangatlah awesome, bukan hanya sebagai pengajar, malah men’tarbiah’kan diri ini, Prof Hatta Shaharom atas nasihat mengenai buku ini serta mereka yang mengenali diri yang kerdil ini, penasihat elektif di HUSM, Dr.Norzila yang sangatlah baik hati, dan rakan-rakan yang mengenali diri ini. Semoga nukilan kami membawa erti. Lastly, muchos gracias and happy reading! ===== DR. NOR ARIFAH ABD RAHMAN, MBBS Tiada yang istimewa kepada penama ini. Tidak tinggi, tidak rendah, tidak gemuk, tidak kurus. Hamba-Nya yang sentiasa cuba memperbaiki diri. Semoga mendapat keredhaan-Nya. Seorang anak kepada ibu bapanya. Menyayangi dan sangat bercita-cita untuk taat dan membahagiakan ibu bapa serta keluarganya. Sentiasa menjadi pelajar di setiap fasa hidupnya, semenjak bersekolah rendah di SK Bukit Puteri, atau di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud sehingga peringkat universiti di CUCMS. Malah sehingga saat ini masih seorang pelajar dan berharap agar tekun dan istiqamah untuk belajar. Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru dan tenaga pengajar yang secara langsung atau tidak langsung. Kerana tanpa mereka, diri ini benar-benar tidak bermakna dan nukilan ini tidak dapat dihasilkan. Terima kasih kepada penulis bersama yang sentiasa berganding bahu membantu diri ini dan menjadikan semua ini mampu. Insya Allah, semoga pembaca mendapat manfaat daripada nukilan ini. “Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan, jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan, tapi lihatlah sekitarmu dengan penuh kesedaran –James Thurber”

SAINS-LAH! 2

CATATAN SAINTIS MUDA

0

Malaysia dan Korea Selatan pernah berkongsi taraf ekonomi dan sosial yang hampir sama pada 1960-an. Namun hari ini, perbezaan jelas ketara antara kedua-dua negara daripada segi kemajuan sains dan teknologi. Korea Selatan gah dengan industri elektronik, automotif dan pembinaan hasil daripada ekosistem sains, teknologi dan inovasi yang lebih maju dan matang berbanding Malaysia. Manakala Malaysia sudah sampai ke tahap tepu dengan isu-isu lapuk, seperti tahap pemahaman sains umum yang rendah, tiada pelapis untuk tenaga kerja mahir dalam masa panjang dan aktiviti penyelidikan sendiri yang masih dalam dilema membina identiti. Keadaan dijangka meruncing berdasarkan laporan New Straits Times (2016), di mana Malaysia bakal mengalami krisis kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang STEM. Berbanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan Jerman yang secara purata mempunyai 30% pekerja mahir, tetapi Malaysia hanya mempunyai 3% sahaja! Jadi, jangan terlalu hairan jika dalam masa terdekat tenaga kerja mahir diimport dari luar untuk menyelesaikan masalah ini. Statistik Kementerian Pendidikan pada 2014 menunjukkan penurunan drastik pengambilan pelajar berasaskan STEM di peringkat menengah, iaitu 21%, berbanding bukan STEM (79%). Ini jauh daripada sasaran asal, iaitu 60% (STEM) dan 40% (bukan STEM). Selain daripada itu, penghijrahan 20% tenaga kerja berkemahiran tinggi keluar dari Malaysia seakan memburukkan keadaan. Berdasarkan bancian oleh Malaysian Digest (2016), faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan adalah bidang STEM dilihat ssebagai bidang golongan elit. Respoden berpendapat pengambilan bidang STEM eksklusif kepada mereka yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja. Dalam kata lain, STEM hanya untuk mereka yang bijak pandai sahaja. Pelajar mempunyai minat yang tinggi, namun tidak berkeyakinan dan risau tidak dapat memenuhi piawaian eksklusif ditetapkan. Faktor kedua ialah bidang STEM tidak memudahkan graduan untuk mendapat kerjaya dengan pantas. Persepsi mereka adalah kurang kerjaya ditawarkan dalam bidang STEM. Responden juga ada menyatakan bahawa laluan pelajar bukan STEM lebih mudah dan lebih menyeronokkan sepanjang tempoh pengajian. Jadi, timbul pula persoalan - adakah pelajar jurusan STEM ini membosankan?

Man maafkan Ma

wahieauma

0

Sudah 4 tahun Man meninggal namun aku masih belum maafkn diri aku... Aku berkenalan dengan Man melaluai facebook...Pada mulanya aku hanya sekadar suka-suka sahaje..Sapa pulak add aku nie,ala biase je bukan jejaka idaman aku lah malah die gemuk pulak tu..takpelah terima jelah... Terima kasih awak app sy,same-same kasih...Disitu permula aku mengenalinya man dan kami jugak salin bertukar num telepon... Pada ketika man baru sahaje diterima bekerja jabatan kerajaan die yang mencerita kepada aku....Aku bekerja juru jual je...balik keje tidak menentu kadang-kadang malam kadang-kadang petang.. Setelah sebulan kami kawan Man meminta untuk berjumpa tetapi beribu alasn yang aku beri kan kepada kerana segan untuk berjumpa dengan nya... Pada hari itu Man bertanya kepada aku bekerja atau tidak pada hari itu,aku menjawb maaf lah hari nie aku keje..Dengan tidak sangka man membuat kejutan untuk bersua muka dengan aku... Die datang di tempat aku bekerja,naik pucat muka aku bile die melilhat aku dari jauh...Dalam otak aku ligat saje memikir untuk melari kan diri..Tapi die lebih pantas dari aku..die terus berjlan menujuk dekat aku.. Hai awk susah betul nak ajak awak kuar kan jual mahal sangat awk nie..sy buka jual mahal tapi saya sibuk dengan keje..balik keje pun lewat.. Ala takpelh kita kuar bile awak cuti...Dekat tidak semena aku terlepas cakap..saya tak nk kuar naik moto..terus muka man berubah...takpelh nanti saya datang jumpa awak jelah... Aku tidak tahu yang man sudah jatuh hati sejak pertemu pertama kitaorang...Pada aku man hanya kwan biasa...Man memberi tahu kepada die telah memberi kereta dan ingin terus bertemu dekat aku... Hai awak,saya dah beli kereta jom kita kuar...Aku sebenarnya gembira kerana man sudah membeli kereta sendiri tetapi mulut aku sentiase tidak senang ape yang man miliki...Lah awk beli kereta kanci je..sempit lah awak.....awak dalh gemuk... Aku tidak tahu kenape aku selalu mempersenda kan man pada hal man layan aku cukup baik..sehingga jika aku tidak ade duit makan man akan menghulur kan kepada ku.. Man mencerita kan die ingin menjual kereta kancil nya itu...kerana aku mengingin kereta yang lebih besar dari kancil..Aku hanya tersenyum dan berkata didalam hati..tak mungkin die akan melaku kan untuk aku... Sejak man membeli kereta yang wira turbo..man sudah banyk berubh..selalu sibuk dengan kawan-kawannya..dan kerap aku bergaduh dengan man kerana man tidak cukup mase dengan aku... Aku mempunyai teman lelaki umur diantara kami bdua agak jauh beza 11tahun.....Tapi aku tidak tahu kenape aku terlalu sayang kat rie sedangkan rie sudah mempunyai istri dan anak-anak,Man selalu menasihati aku supaya tinggal rie..tetapi susah untuk aku... Mungkin sebab itu jugak man tidak setia kepada aku..tapi die tidak pernh tinggal kan aku..setia melayan perngai aku..die selalu myuruh aku tinggal rie dan menerima man die sebagai seorang suami..tapi hati aku tidak mampu melakukannya... Pada suatu hari kami bergaduh besar dan man mnggal kan aku..Sebenarya man hanya mengertak aku tapi aku lebih memilh untuk bersame rie...Hubgn aku dengan man makin hari makin jauh...dalam mase yang same akan mendapat tahu man sudah ade kekasih... Marah giler aku mase tu bile dapat tahu man sudah ade yang lain...tetapi ape yang aku mampu lakukan salah aku jugak....Walaupn aku dan Man tidak rapat macam dulu Man tetap melayan smua msg aku.... Aku mendoakn man bahgia.....hari-hari aku dipenuhi air mata..akn mendapat tahu rie akan mruju semula dengan istrinya...lagi btambh sakit aku alami...Aku meminta man untuk berjmpa aku untuk meluah ape yang aku rase dan akhirnya man bersetuju... Dalam mase yang same man mengharapakan aku berubah untuk menerima die sebagai suami...tapi jawapn aku tetap same...Man lah sentiase menghibur kan hati aku..die kawan yg terbaik aku ade.. Aku membuat keputusan utk tinggalkn rie dan man...tapi dalam mase yang same aku sayang kan diowg berdua..Sebulan aku tggl kn man...aku mendapat tahu man akan bertunang...sedih hati aku kerana man tidak mencerita kan kepada aku... Aku masih lagi melihat pekembangan man dari facebook dan aku mengucap kan tahniah kepada nya...tapi respon yg aku dapat tidak baik...aku hanya mendiam kan diri... Selepas semggu aku melihat man post status sedih die facebook nya..Dan aku bertnya kepadanya...jawapn die kami hanya bertunang satu hari je..perempuan meminta majlis nikah dengan cepat hantaran mahal dan tidak aku meyangka perempuan tersebut mengandung... Sedih bile aku dengar cerita demikian die hanya menjadi mangsa...patut die tidak memberi tahu kepada aku....Dalam mase yang same aku cube merima man kembali dan kami cadang utuk bertemu keluarga masing-masing... Man meminta aku untuk siap bertemu dengan mamanya...tapi hati ku rase takut sangat..takut aku bukan pilihan mamanya..tekaan aku salah mama dan adik beradik baik melayan aku..dan menerima aku seadanya... Kini giliran aku pula membawa man berjmpa dengan Ayah aku dikampung...Ayah aku menerima dengan baik...dan sedia menjadi wali aku.. Man merancng utuk merisik aku pada raya ke 3 ...aku tersenyum gembira...sebenarnya dihati hati mase lagi mempunyai rase sayang pada rie..Aku membuat untuk menerima man kerana ingin menjauh kan diri dari rie.... Pada suatu hari man deman teruk sngat dan man meminta untuk aku menemaninya dan aku besetuju..aku takut melihat ma ketika itu demam nya sangat teruk..dan sebenarnya man ade sakit darah tinggi...sebelum man pulang die meminta ingin berehat seketika..tibe-tibe man muntah dan aku entah kenape marah pada man..Awak dah tahu tak larat kenape datang jumpa jgk..Aku menghulur air kepada man dan aku meminta supaye terus pulang kerumahnya... Keesok hari man tidak msg aku...Aku mula risau dan aku segera sms ketika itu...sms aku di balas dan yang membalasnya adalah k.long man....K.long memberitahu man tidak sihat...dan man meminta k.long memberitahu kepda aku yg man tidak sihat.. Dalam sms tu k.long memberi tahu yang man risau sangat jika aku tunggu-tunggu sms darinya..macam aku pulak yang demam...Aku pun terfkir man terlalu sayang kepada aku tapi hati aku masih belum dapat menerimanya... Dalam diam-diam aku masih lagi berjmpa dengan rie..sayang aku padanya tidak pernh padam..sentiase syang tp menyakitkn...Man meminta untuk berjmpa dengan aku tetapi aku menolak...shingga 3hari berturut man meminta untuk bjmpa dengan aku namun aku masih menolak... Pada hari nie sepatutnya aku dan man telah merancng untuk bbuka puase dengan makci di kuantan tetapi aku menolak dengan beribu alasan kerana malam tersebut aku ingin berjmpa denga rie..Dan tnpa aku sangka man tlah kuar dengan kawan-kawan2 untuk memberi baju raya di kuala lumpur.. Aku marah sangat pada ketika itu man tidak memberitahu langsng kepada aku...berita itu aku dapat tahu dari akuan facebooknya...kerana terlalu marah aku memberitahu man yang aku ingn memutuskn hubgan kami...aku memarahinya ketika tu.... Bermacam sms yang aku hantar kepada man....memarahinya dan memakinya...die bkali menelopon aku namun tidak aku angkat..dan kali terakhir die menelopon aku menjawapnya..Die memohan maaf dan meminta aku menjga dri aku sebaik mungkin.... Kerana ego aku tidak endahkan ayat-ayatnya....itu lah kali terakhir aku bebual dengannya...Pada jam 8 mlm die meminta untuk bjmpa dengannya buat kali terakhir..itu sms yg terakhir aku terima darinya...man membalas pukul 10 nanti saya datang kerumah awak... Pada pukul 10 malam tiada satu pun sms dr man..aku berasa pelik ketika itu...berkali aku sms namun satu sms tidak dibalas..Aku nekad utk merajuk dan off kan telepon aku... Pada pukul 11 malam aku tersedar dan aku on smula telepn aku...aku melihat sms dr num man..Assalamulaikum saya saudara man nak bagithu man dah meninggal dunia tadi kul 10.30 mlm...susah untuk aku percaya...disebab kan ego aku off kan sekali telepon aku..dan aku membukanya keesok pagi... Berita yang aku terima malam tadi ia realiti bukan cerita rekaan...bertapa hancur nya hati aku...menagis air mata darah sekali pun man tak hidup semula... Aku lah orang terakhir pergi ke kuburnya...semahu-mahu aku menagis dan meminta kemaafan dari nya...semua dah terlambat...nasi telah menjadi bubur..kerana ego aku merana...sehingga hari nie aku masih lagi rase besalah kepada arwah..Man maafkn ma...ma syang sangat man...

Teguran untuk para peninggal solat?

Tarbiah

0

Saya puji Allah, sebagai tuhan yang maha besar, maha agung, maha berkuasa, maha pencipta dan maha pengampun. Yang mana, pengampunan Allah bukanlah calang-calang pengampunan. Kalau kita, bila ada orang buat salah pada kita berkali-kali, kemudian dia minta maaf, kemudian dia buat balik dan minta maaf semula, rasa-rasanya kita nak maafkan ke dia? Kalaupun kita maafkan dia, kita still tak boleh lupakan salah dia pada kita, yang mana akhirnya bila bergaul dengan dia, kita akan rasa tak sedap hati. Tapi pengampunan Allah bukan begitu! Walaupun kita berkali-kali melakukan dosa banyak gila bapak, lepas tu kita kononya minta ampun, lepas tu kita ulang balik, kemudian buat balik, selagi kita minta ampun, selagi itulah Allah ampunkan. Bukan itu sahaja, specialnya pengampunan Allah ialah: “Allah maafkan segala salah kita dan melayan kita seolah-olah kita LANGSUNG TAK PERNAH melakukan dosa padaNya!!!!!” Ya Allah, ya Allah. Tak tahu nak hurai macamana. Walaupun kita buat salah dan mungkir janji pada Allah, kita tipu Allah berkali-kali, selagi kita menangis meminta ampun pada Allah, Allah akan tersenyum kegembiraan, lantas mengampunkan kita. Baca isu taubat di SINI. Mana nak dapat tuhan yang begini baik? Mana nak dapat? Allahlah satu-satunya tuhan yang layak di sembah dan di puji. Hanya dia yang layak kerana dia memang layak! Tapi wahai kawan…. Tapi wahai kawan-kawan yang saya sayang sekalian…. Kenapa? Kenapa kita seolah-olah langsung tak hargai nikmat ini? Kenapa kita susah sangat nak membalas jasa Allah setelah Allah berkali-kali menghulurkan kasih-sayangNya pada kita? Kenapa? Saya malas nak sentuh isu-isu lain pada kali ini. Saya nak sama-sama kita renungi, bagaimakah SOLAT kita. Kita mendabik dada mengatakan kita cinta Allah, kita semangat melaungkan nak pemerintahan yang adil, kita semangat berselewat pada nabi, NAMUN, perkara ASAS sebagai orang islam, kita abai. Saya kira, saya tak perlu hurai betapa RAMAINYA orang yang tak solat. Betapa ramainya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengabaikannya. Mungkin mereka benci Allah, mereka rasa Allah ni tak layak di hargai. Hidup dia hanya fikirkan cinta orang ini, cinta orang itu, putus cinta sini sana, pergi wayang, main game macam apa, dengar lagu-lagu yang berunsur haram(Baca di SINI) sehingga HATI MATI, dan langsung kita tak Nampak Allah dalam kehidupan kita. Seolah-olah, tuhan kita adalah nafsu. Apa yang kita nak jawab pada Allah? Berangan nak masuk syurga? Atas faktor inilah, saya ingin membawa semua pembaca agar sama-sama kita berubah, faham akan perkara ini, supaya kita yang dulunya malas nak solat, benci solat, menyampah dengan solat, KEMBALI sedar, bertaubat, menangis pada Allah atas kebodohan dan kelemahan kita. Saya kategorikan sikap orang islam berkenaan solat ni kepada TIGA golongan: 1)Golongan yang meninggalkan solat. 2)Golongan yang solat, tapi tak berjemaah. 3)Golongan yang solat berjemaah. Adapun, saya bahagikan penulisan saya kali ini pada 3 sudut besar agar sama-sama dapat manfaat: 1)Untukmu, wahai golongan yang meninggalkan solat. 2)Isu Qodho' solat. 3)Isu Solat Jemaah.

Betul Ke Rezeki Dah Ditetapkan?

Tarbiah2

0

Sebelum kita pergi sejauh mata memandang, kita pergi kepada yang dekat di hati, iaitu apakah definisi rezeki. Kalau kita ikut tafsir Quran asy-Sya’rawy, rezeki yang disebut adalah, “Rezeki adalah apa-apa yang kita RASAKAN MANFAATNYA, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk.” Kemudian dia tambah lagi, “Bererti apa sahaja yang kita rasakan MANFAATNYA bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun milik kita), bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain.[1]”             Definisi ini serius sangat padu baq ang kata orang kedah, padat dan sentap. Rezeki bukan hanya harta atau duit yang kau guna untuk beli iPad. Tetapi rezeki juga boleh jadi dalam bentuk ilmu, akal, air, tanah, api, udara, sahabat baik, anak soleh, kerja jadi mudah, assignment senang siap, senang jawab exam, dapat jodoh yang baik, dapat jadi mayat yang wangi macam pakai dashing dan sebagainya. Dengan kata mudah, 1)    Rezeki ini kita dapat rasa manfaatnya. 2)    Walaupun ia halal atau haram, baik atau buruk. 3)    Milik kita belum tentu rezeki kita. Dalam bab sebelum ini, saya dah bahaskan bahawa rezeki sudah ditetapkan dan apa PILIHAN yang kita ada adalah WAJIB buat PERSEDIAAN untuk mendapatkan rezeki. Kita ada pilihan sama ada nak dapat rezeki yang baik dan halal, atau dapat rezeki yang buruk dan haram. Rezeki ini memang dah ditakdirkan walau kita nak sangat rezeki, atau kita tak nak sangat rezeki. “Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.” (Surah ‘Ali Imran 3:37)             Rasanya dari definisi ini, kau dah boleh faham insyaAllah apa itu rezeki. Cuma persoalannya sekarang ini, apakah pula itu PERSEDIAAN? Persediaan yang saya maksudkan adalah IKHTIAR dan USAHA.Ikhtiar sebelum mendapat rezeki yang saya maksudkan adalah kau fikir dan PILIH rezeki macam mana yang kau nak. Rezeki ini dah ditakdirkan walau kita kejar atau lari macam mana pun. Jadi apa PILIHAN yang kita ada adalah dengan PILIH “jenis” rezeki yang kita mahu. Kita nak rezeki yang baik, atau rezeki yang buruk. Rezeki yang halal, atau rezeki yang haram.

ANTARA DUA DARJAT

MUHAMMED ABDUL KHALID

5

Kadangkala, sesuatu tindakan insan biasa tanpa pangkat mahupun harta bisa menggegarkan dunia. Pada 17 Disember 2010, Mohamed Bouazizi telah bertindak membakar dirinya di tengah-tengah sebuah pekan kecil di selatan Tunisia. Bagi lelaki tersebut, apa yang mendorong tindakannya itu hanyalah rasa kecewa terhadap ketidakadilan kehidupan yang begitu perit yang beliau alami. Tidak mungkin terjangkau oleh fikirannya bahawa tindakan membakar diri itu bakal mencetuskan antara revolusi yang paling besar dalam lipatan sejarah dunia moden. Tindakan sadis seperti yang dilakukan oleh Mohamed Bouazizi ini bukanlah benda yang baru, banyak individu atau kelompok manusia terpaksa mengambil nyawa mereka sendiri atas faktor penindasan dan ketidakadilan sosial. Kisah-kisah sadis dan menyayat hati ini, hakikatnya, berkongsi suatu tema jalan cerita yang serupa. Ia merupakan tema yang telah mewarnai peristiwa Revolusi Perancis sekitar akhir abad ke-18 dan Revolusi Rusia yang tercetus pada awal abad ke-21. Ia juga merupakan tema yang mendasari Revolusi ‘Arab Spring’ beberapa tahun lalu. Kesemua tragedi dan peristiwa ini menyampaikan suatu mesej yang jelas, iaitu ketidaksamarataan jurang ekonomi yang besar dalam kalangan rakyat merupakan bom jangka yang boleh mencetuskan pertumpahan darah, pergolakan sosial serta ketidakstabilan politik. Berdasarkan latar belakang tersebutlah buku ini ditulis. Malaysia juga pernah melalui tragedi yang mencalarkan sejarah tanah air; rusuhan kaum pada tahun 1969 yang turut berpunca daripada jurang ekonomi. Namun begitu, luka tersebut telah dirawat dan diubati oleh dasar-dasar yang memastikan agar ia kekal hanya sebagai sebuah parut lama yang tidak mungkin kembali berdarah. Sehingga ke hari ini, kita bertuah kerana kepesatan ekonomi telah meningkatkan tahap kekayaan sebahagian besar rakyat Malaysia. Peningkatan jumlah pendapatan, pemilikan rumah, simpanan dan pelaburan saham telah membolehkan ramai memiliki pegangan aset yang banyak, dan mengurangkan tekanan konflik antara kelas mahupun antara kaum.

Cara nak tinggalkan maksiat?

Tarbiah

5

Siapa tak sedih, bila berulang-ulang kali melakukan dosa yang sama walaupun dah bertekad untuk berubah. Siapa tak tertekan, bila berputar-putar pada kesilapan yang sama walaupun telah berazam untuk tidak ulanginya. Siapa yang tak menangis bila maksiat yang kita telah berjaya tinggalkan dalam tempoh yang agak lama, akhirnya kita kecundang serta mengulangi maksiat tersebut. Siapa tidak sedih dan menangis teresak-esak tentang perkara ini? Andai kita mempunyai hati yang hidup, andai kita mempunyai iman walau secebis, pasti perasaan sedih, tertekan, resah-gelisah, gundah gulana serta sesal menghantui fikiran kita. Namun sampai bila? Sampai bilakah kita nak ulangi dosa yang kita benci, sampai bila kita mahu terus terpenjara dalam tekanan dosa dan maksiat? Sampai bila wahai kawan?! Penulisan kali ini, saya tulis dengan penuh rasa serba salah, dengan penuh pengharapan agar saya sendiri BEBAS dari penjara dosa yang menyeksakan ini, dengan penuh harapan penulisan kali ini dapat memberi panduan, semangat, kekuatan, inspirasi, kefahaman dan kekeliruan serta halangan yang berlaku kepada mereka-mereka yang BERTEKAD  untukBERUBAH. Penulisan kali ini, saya tulis dengan tangisan. Saya amat mengharapkan kita sama-sama berpimpinan tangan menuju redha Allah. Saya sudah lihat depan mata bagaimana orang saya sayang dan percaya, berubah menjadi “pelik” dan bangga dengan dosa. Oh, Allah, aku sedih dan aku menangis! Saya kalau boleh, ingin usaha sedaya upaya untuk berubah dan menjadi asbab orang lain juga dapat berubah. Benar, itulah kebahgiaan saya. Saya akan usaha menerangkan perkara ini satu persatu, sedikit demi sedikit. Saya minta maaf andai entri kali ini menjadi panjang lebar berbanding entri-entri yang lain. Saya harap, entri saya yang panjang ini memberi manfaat walaupun pada seorang insan. 3 point penting yang kita akan selami bersama insyallah: 1)Sejauh mana taubatmu? 2)Hukum Diri kita 3)Jangan buat dosa terang-terangan

AKU, ALMOND LONDON DAN GAY

HAMKA KERETAMAYAT

4.8

AMARAN! Kisah dalam buku ini diolah berdasarkan peristiwa benar, namun hampir semua watak dan lokasi sebenar telah diubah menjadi kepada rekaan dan imaginasi penulis semata mata agar tiada pihak yang terluka di kemudian hari, perubahan termasuk dengan melakukan beberapa tokok tambah yang dianggap ‘sangat-sangat berpatutan’ serta membuat beberapa sentuhan khas kepada watak di atas agar semuanya menjadi lebih dramatik. Seandainya ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati, anggaplah itu kebetulan semata-mata. Penulis agak cenderung menulis cerita yang kadang-kadang berkembang kepada isu agama tapi ditulis dengan bahasa santai, mengamalkan apa yang tertulis di sepanjang buku ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran atau Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan sangat-sangat merbahaya kepada mereka yang bertaraf ‘bot-bot kecil.’ Silalah bertindak dengan bijak kerana buku ini ditulis oleh seorang yang bukan bertaraf ustaz apatah lagi ulama. Maafkan penulis jika kurang berhikmah dalam penulisan dalam buku ini. Terima kasih kerana berlapang dada ketika membaca kisah seorang ‘Pemandu Kereta Mayat.’ Jika berasa waswas, atau timbul ketidakfahaman bab agama terutamanya, sila rujuk dengan kadar lebih segera daripada mi segera kepada ustaz dan ulama serta kitab yang berhampiran dengan anda. Demi kebahagiaan anda, jangan jadikan buku ini sebagai rujukan terakhir. Tolong! Sekian, berhati-hatilah ketika membaca. Semoga anda semua selamat tiba ke muka surat yang terakhir. “Baca Cermat, Jiwa Selamat.”

Kekeliruan dalam ikhtilat?

Tarbiah

5

Bismillah. Saya mulakan post kali ni dengan nama Allah yang agung, tempat kita semua bergantung, tempat kita semua menyembah dan patuh. Saya minta ampun pada Allah andai saya sendiri tidak beramal, ya Allah, kurniakan kekuatan kepadaku untuk mengamalkan seluruh apa yang aku katakan. Post kali ini mungkin sensitive bagi sesetengah orang. Mungkin ramai yang tak mampu terima, atau mungkin ada yang terima namun rasa berat untuk amal, dan ada yang setuju, faham dan amal. Saya harap, korang lapangkan dada, menilai dengan syarak tentang isu ini, ketepikan nafsu. Post kali ini tentang satu isu besar dan ramai yang lemah dan gagal memahaminya dengan baik, hatta seorang yang ikut tarbiah sekalipun. Ia adalah isu IKHTILAT. Satu isu yang telah berjaya membolak-balikkan hati segelintir daie, isu yang telah berjaya mkenghacurkan dan memerangkap hati sesetengah orang yang ikut tarbiah. Saya pernah bersembang dengan ramai orang, apabila mereka luahkan masalah mereka, kebanyakannya rasa terseksa dan terperangkap dengan dosa ikhtilat ni. Ada yang langsung tak rasa ikhtilat ni salah dengan beberapa alasan yang sangat tak berlandaskan syarak tapi akal. Ada yang tahu akan bahayanya ikhtilat, namun akibat nafsu yang membuak-buak, dia “cair” dan berjinak-jinak dengan ikhtilat. Ada yang sudah terjebak dengan ikhtilat dan telah merasai betapa SEKSANYA bila terperangkap dalam ikhtilat, dan jiwanya meronta-ronta untuk BEBAS dari penjara dosa ikhtilat ini. Oleh sebab itu, post ini di tulis. Dengan harapan isu ini di fahami dengan jelas. Dengan harapan, kita BEBAS dari penjara dosa. Dengan harapan, kita akan lebih laju dalam tarbiah dan dakwah setelah kita terlepas dari ikhtilat ini. Bagi memusnahkan kekeliruan akan isu ini, saya akan bahagikan penulisan ini pada: 1)Benda ASAS dalam ikhtilat yang perlu di fahami. 2)Faktor tewas dalam ikhtilat 3)Kekeliruan dan penyelasaian dalam ikhtilat. Dengan nama Allah, saya mulakan huraian ini. Dengan penuh harapan padamu, ya Allah, kurniakan kefahaman pada kami.

SUPER PTUI! & KALER MAGENTA

WAN AZLI WAN JUSOH

5

Sebagai pemain - begitulah kita, dari perspektif apapun. Tuan atau hamba, tidak terkecuali. Lalu kita harus mengerti di mana kita berada dan tanggapan apa yang harus kita ada untuk menangani keberadaan kita. Mungkin kerana itulah maka terhasilnya naskhah drama ini. Atau mungkin ini hanyalah sekadar basa-basi untuk memperkatakan sesuatu yang telah tumbuh, akibat dari kelangsungan kehidupan. Drama Superptui! & Transit Kaler Magenta ini ditulis pada awal tahun 2004, sebagai lanjutan kepada drama saya yang sebelumnya, Menembak Epal Atau Jambu. Kedua-duanya cuba melukis permasalahan yang hampir sama iaitu bahawa kita sebenarnya telah dibentuk menjadi begini dan begini. Bezanya Menembak Epal Atau Jambu mengambil latar institusi pendidikan manakala Superptui! & Transit Kaler Magenta ini pula berlatarkan institusi keluarga. Saya lihat persoalan dalam drama ini sebagai belenggu yang kita semua sedang mendepani dan kita kelihatannya terlalu asyik bermain-main di dalamnya - sedar atau tidak. Kita tidak mampu melepaskan diri dari sejarah yang telah membentuk kita menjadi sebegini seandainya kita tidak mengerti atas tujuan apa semua ini harus terjadi. Dan permasalahan ini terlalu berulang-ulang. Diselesaikan, kemudian muncul lagi. Seolah, atau sememangnya, tidak akan terhenti. Sepertinya selagi masih ada kehidupan manusia di atas muka bumi ini, selagi itulah ia akan terus muncul - lagi dan lagi. Atau mungkin wajar untuk dikatakan bahawa ini adalah bahan kumuh rasionalisasi. Terbitnya dari akal budi yang mengaku sedar padahal sifat kesedarannya itu hanyalah sebuah ilusi.

Apa beza BALA dan UJIAN?

Tarbiah3

0

Ada sekali, saya kenal seorang pakcik yang agak tua, umur sekitar 60-an. Pakcik ni sakit, dan bukan takat sakit, tapi anak-anaknya langsung tak menjenguk dan tak menziarahinya. Dan, ketika itu, kami ajak pakcik tu pergi surau untuk solat, tapi pakcik tu jawab “Ah! Kau apa tahu? Buang masa nak solat solat semua ni! Allah ni menyusahkan aku je! Aku dah doa dia bukannya dengar pun. Lagi aku doa, lagi dia bagi aku kesusahan. Dahla aku sakit, anak-anak aku pulak biadap, langsung tak ziarah aku, menyusahkan aku, langsung tak kenang jasa aku!!!” Terkejut mendengar jawapan pakcik tu. Kadang-kadang, saya terfikir, manusia yang normal, lagi dia di timpa kesusahan dan masalah, dia akan lagi cari tuhan, akan lagi cari Allah. Tapi, hari ni, wujud juga orang yang bila di timpa musibah dan kesusahan, dia lagi jauh dari Allah, lagi benci Allah. Terkejut, dan kadang-kadang saya takut kalau ianya berlaku pada diri kita juga. Wahai kawan…. Orang yang cinta Allah, akan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kadang, Allah bagi kita kesusahan dan kesulitan ada sebab, ada hikmah yang Allah nak berikan pada kita, ataupun, Allah nakkan sesuatu dari kita, atau, Allah nak berikan sesuatu yang amat berharga pada kita. Tapi, kita tak nampak. Apa yang kita tahu hanyalah bersangka buruk dengan Allah, memaki hamun dan menyalahkan Allah, kita sonbong dan makin jauh dengan Allah. “Apalah dosa aku sampai aku di timpa musibah macam ni…” “Kenapalah aku yang kena musibah? Kenapa bukan orang lain?!!” “Kenapa, kenapa, kenapa??!!!!” Kita hanya tahu mempersoalkan dan menyalahkan Allah. Tapi, kita ni langsung tak pernah muhasabah diri, merenung diri kita sendiri, melihat diri sendiri. Kawan, cubalah ambil masa. Sekejap pun jadilah. Cubalah renung diri sendiri sekejap.

5 cara nak kuat untuk berubah?

Tarbiah

5

Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi masalah ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah. “Susahla nak berubah…..” “Saya dah cuba, TAPI……” “Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….” “Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..” Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut? Tu persoalannya. Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua maklum. Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan. So, insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak berubah, dan dapatkan kekuatan untuk berubah. Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan. Moga kita dapat amal!

Nak Pilih Jemaah apa?

Tarbiah

0

Isu perbezaan Jemaah, isu banyaknya Jemaah, isu wujudkan Jemaah baru sedangkan Jemaah sedia ada masih ada, dan isu-isu yang berkaitan dengannya amat-amat ramai orang pening, salah faham, tak faham dan akhirnya (akibat tak faham isu ni sebaiknya), timbullahperpecahan, rasa tak puas hati pada Jemaah lain, benci Jemaah lain dan yang sama waktu dengannya. Isu ni sangat hangat. Ramai di kalangan kita sering bertelagah kerana kita tak faham isu ni sebaiknya. Bila tak faham isu ni, kita akan sentiasa berhadapan dengan Jemaah lain dengan pelbagai persangkaan yang buruk.Hatta benda baik yang Jemaah tu buat, still di anggap buruk. Syeikh, mana boleh macam tu syeikh...Comel sangat tu syeikh. Sometimes, isu ni menyebabkan ukhwah yang ada hancur, ikatan yang terbina terputus begitu sahaja. Hidup kita takkan aman, rasa macam ada benda tak kena, stress memanjang, dada sempit, dengki dan benci membuak-buak dan lain-lain. Atas faktor ni lah, saya terdetik untuk hurai sikit bab-bab beza Jemaah ni. “Nak pilih Jemaah apa?” “ Nak ikut Jemaah mana? “ “Kenapa banyak sangat Jemaah ni?” “ Apa beza Jemaah ni dengan Jemaah tu? “ “Kenapa tak gabung je semua?” “Argh!! Malas aku nak ikut Jemaah-jemaah ni. Baik aku dakwah sorang-sorang. Settle!” Anyway, saya akan hurai secara santai tentang benda ni insyallah. Ada beberapa benda penting yang saya nak ketengahkan supaya semua faham, dapat point dan tak pening. Rilek sudah. 1)Kefahaman asas dalam kepelbagaian Jemaah. 2)Kenapa kena berjemaah? 3)Tugas kita Moga entri kali ni membuahkan manfaat yang sangat banyak insyallah!   

NURUL SYUHADAH

Mizzkuda

5

Pesanan: cerita ini tidak memburukkan sesiapa.Manusia is not perfect.Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar.Ini adalah realiti.Manusia ada sifat marah,dengki,iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikannya.Sekian... Nurul Syuhadah.Gadis yang tergas dan sangat kasar.Kasarnya tidak dia sorok dan lembutnya berpada-pada.Disebalik sikapnya yang begitu,tersimpan satu sikap yang unik dalam dirinya. Dia seorang gadis yang pemalu apabila berdepan dengan lelaki yang dia suka.Pasti mukanya beronar merah dan dapat dikesan dengan mudah.Bahkan,dia cuba menundukkan segala rasa dan pandangan agar dia tidak mudah jatuh hati.Namun,dia gagal menjaga perasaannya apabila bertemu dengan Hafidz Khair. Depan perempuan,dia manja.Adah-Saya-Syud-Kite. Depan lelaki,dia kasar.Aku-Kau. Bila dipuji,dia malu.Malunya itu membuatkan air mukanya beronar merah bak buah epal merah.Semua suka melihatnya termasuklah Muhammad Hafiz Khai.Bekas Playboy dan Ketua Persatuan Islam. "Saya nak kawan dengan awak",- Muhammad Hafidz Khair. Begitu juga,Sir Danny yang sudah jatuh hati pada gadis tersebut.Seorang mualaf yang ingin berubah dan fahami islam yang sebenarnya.Dia perlukan orang yang tepat! "Syuhadah.. Saya nak kamu untuk bimbing saya",-Danny Oh. Masing-masing punya aura yang tersendiri.Masing-masing cuba menabat hati Syuhadah.Tapi siapa yang menjadi pemilik hati Syuhadah? Muhammad Hafidz? atau Sir Danny? Keyword:"Saya nak seorang lelaki yang soleh untuk bimbing saya sebab saya juga jahil.Saya nak kita sama-sama berubah jadi baik kerana Allah",

Permulaan yang kejam

prettymoon

3.5

Matahari mula menyinari dunia , maka berbunyilah kokokan ayam dengan penuh lantang . Dengan penuh semangat Aina lantas bangun dan bersedia untuk mandi dan bersiap untuk sekolah . Sungguh bersemangat Aina apabila memikirkan tentang tahun ini adalah tahun terakhirnya sekolah menengah . Tetapi Aina tidak pula risau akan cabaran dan dugaan yang datang kerana Aina hanya meminta perlindungan yang terbaik dari tuhan kepadanya . usai keluar dari bilik air dan bersiap . Aina mula melakukan solat fardhu subuh dan berdoa " ya Allah ya tuhanku selamatkanlah diriku ya Allah dari ditimpa bala dan bencana terutama sekali orang-orang yang berniat untuk menzalimi diriku dan engkau selamatkanlah orang orang yang aku sayang umi dan abah . Amin " usai melakukan perkara yang diwajibkan keatasnya Aina mula mengenakan pakaian sekolah dan tudung yang sudah digosok ibunya . " Wahh cantiknya anak ibu , haa nanti pergi sekolah jangan lupa belajar jangan bercinta ye nanti kalau ibu tahu along anak ibu sorang ni bercouple ibu cubit cubit sampai lebam " gurau makcik salmah . "Ala ibu ni asyik nak kacau Along je , maktu ape kurangnya sebelum nikah mesti ada bercinta dengan abah kan ? " jawab Aina . lastas makcik salmah memotong " ehh ehh kamu ni orang cakap bila belajar , mak ni bila la belajar ? sekolahpun sampai darjah 6 bercinta apakan lagi . " dah la mak nanti balik sambung ye hahaha along dah lewat ni " jawab Aina lalu mengucup dahi ibunya yang tersayang terus masuk ke dalam kereta yang dipandu abahnya . Sudah sampai ke sekolah . Aina melangkah dengan penuh harapan untuk membawa seribu kejayaan kepada keluarganya . Aina ditempatkan di kelas 5 Fatonah , tetapi aina cukup gugup kerana dia baru sahaja melangkah ke SMK Kota Tinggi . " Ya Allah apesal diorang tengok aku semacam ni aduhh macam harimau sorang sorang tengok aku jangan ngap aku sudahla " . Aina mengambil tempat di tengah kerana disitu adanya kerusi kosong . Tiba-tiba datangnya seorang prempuan menyapa Aina " hai awak apa khabar ? budak baru ke ? dari sekolah mana ni ? " lantas Aina menjawab " ehh khabar baik , haah budak baru , dari sekolah SMK Sultan Omar " . Lalu perempuan itu menjawab " ha sultan umar ? kat mana tu ? . " Dekat daerah dungun , Dalam Terengganu " . " oh Terengganu ke ? Jauhnya awak , perkenalkan saya Aisya panggil je sya " sambil menghulurkan tangan lalu Aina menyambut " saya Aina Maisyarah , panggil Aina je " Lalu kedengaran ramai pelajar memberi salam kepada cikgu .

SAYAP V

ARAFAT HAMBALI

0

Sayap V adalah sebuah karya sulungku selain daripada puisi. Ia sebagai cabaran untuk diri sendiri melihat sejauh mana kesungguhanku dalam dunia penulisan selepas aku ‘merehatkan’ diri dalam dunia seni rupa hampir empat tahun tanpa melibatkan diri dalam mana-mana pameran seni dan ia juga cabaran untuk memvariasikan genre penulisanku. Karya ini mula terhasil daripada perbincangan kecilku bersama Helmy Samad atau lebih mesra kupanggil ‘abang’, lalu memutuskan untuk menulisnya. Sebagai manusia, setiap pengalaman adalah rencah dalam sebuah kehidupan, sama ada pengalaman itu adalah suatu pengalaman yang kejam atau pengalaman yang indah. Pengalaman juga boleh dikutip daripada sejarah hidup seseorang dan boleh juga dikutip melalui pemerhatian dan pergaulan antara sesama manusia. Lalu pengalaman-pengalaman itu akan membentuk setiap peribadi manusia, waima daripada seketul hasrat yang kecil lalu boleh menjadi segunung hajat yang kita sendiri tidak pasti bila ia akan tertunaikan, hanya usaha yang bisa menjadi sebuah penentuan. Jangan kita gusar akan pengalaman yang kejam, kerana setiap kekejaman bukanlah satu penyeksaan yang berpanjangan tanpa belas, jangan kita terbuai dengan segala pengalaman indah, kerana keindahan tidak akan sempurna tanpa ada kejelekan. Hidup adalah sebuah perjalanan dalam sebuah pengalaman, kita yang bisa membentuk ia dengan tanpa kita sedari. Hadapi dan raikanlah. Moga terus mekar dalam cinta. Selamat membaca, Arafat Hambali, Balik Bukit Chuping, 17.02.2016? Buat mereka yang selalu terkesan dan berani untuk hidup dalam apa jua masalah secara mandiri.

Seseorang Menjadi INSPIRASI Kepada Seseorang (TRUE STORY)

Anis Rose Lee

0

Hijrah cinta ku.. sebuah kisah mengenai penceritaan seorang pengkid berhijrah menuju redha Illahi.. ia bermula perkenalan antara rima Dan puteri .. Sepanjang menunggu dan terlalu merinduinya,rima tidak pernah menganggap kewujudan Allah.. Selepas 4thn berlalu.. rima bertemu puteri utk meluahkn hasrat di hati kepada puteri.. Akan tetapi puteri tidak dapat menerima disebabkn dia bakal bernikah dengan seorang jejaka.. Sehingga suatu saat,rima tidak dpt menerima kenyataan .. Bahawa gadis yang dipujanya dalam diam bakal bernikah.. seolah olah penantian selama 4 tahun itu hanya sia sia.. separuh nyawa rima menunggu putri.. Selepas pelbagai ujian yg dtg menimpa kepada dirinya.. sehinggalah pada satu malam rima tidak dapat melelapkan mata dan menangis tanpa henti kerana sukar untuk dirinya menerima kenyataan bahawa putri yang di idamkan selama ini bakal mnjadi milik orang lain.. rima mula muhasabah diri dan mencari khilafnya selama ini bahawa dia telah berada jauh tersasar dari fitrah islam bahawa lelaki diciptakan untuk wanita dan begitulah sebaliknya... Hari demi hari , rima dihantui dgn kisah silam yg terdahulu dan sentiasa memikirkan segala khilafnya. Adakah masih ade pengampunan untuk dirinya itu? Rima masih tidak mengerti mengapa mmpi itu sentiasa berterusan.. Dan akhirnya.. dengan kuasa Allah memberi petunjuk sebenar kpd rima.. 5tahun kemudian.. Rima bermimpi dia berada di kaabah.. berada dihadapan kaabah ,dan dikelilingi org ramai yg sedang melakukan tawaf disitu. Rima terkedu. terdiam lalu bertanya didalam hati.. "APA YANG HARUS AKU LAKUKAN"ADAKaH Ini petunjuk supaya aku lebih dekat padaMu ya Rabb.. Dari petunjuk itu.. Rima memulakn langkah dengan berhijrah mencari redha dari Allah..Hakikat sebenar yg perlu diterima adalah seorang wanita diciptakn untuk melengkapi hidup seorang lelaki. rima sentiasa bermuhasabah diri dlm mncari segala kekuatan untuk dirinya tehadap kisah silamnya itu.. #likepageBicaraHatisiPenulis.. #supportlaguberhentilahhati.. #adaceritadalagu.. #jiwamenjiwai..

BAROS NAN KU TINGGALKAN

@Qalby

5

Di Permatang Ini Aku berdiri sepi keseorangan Di Permatang ini juga Aku kembali lagi meskipun sendirian Aku Meski walau apa kadar sekalipun Akan tetap kembali kembali pada tanah yang tidak pernah mengenal erti jemu Menanti dan menunggu saban waktu Walaupun meski mentari datang dan pergi silih berganti Hari demi hari Lambaian pepohonan nun jauh di tengah bendang seolah olah melambai lambai Tatkala Aku menghampiri di kaki Baros ini Aku tidak mungkin lagi berpaling Bilaman diri sedang asyik dibuai rasa kerinduan Rindu pada halaman kenangan yang telaj lama kutinggalkan Sementelah pula lala diri ini telah dihambat suatu tuntutan demi kewajiban pada nusa sejak zaman berzaman nan lalu lewat pada usia masih siang dan mentah dalam perhitungan Di sini Aku sekali lagi cuba menggapai awan di kaki langit lewat senja hampir mengiring ke ufuk barat Apakah masih ada keringat yang menitis di sekujur tubuh tua yang wajahnya tetap di laman benak fikiranku saban waktu telah lama tidak kutemu Wajah tua itu tiba tiba bermain berlegar legar di fikiranku Aku mulai belajar kembali untuk mencongak peristiwa semalam Di desa ini penuh dengan impian dan fantasi yang masih belum dapat kugapai Di desa ini jugalah Aku mengenal erti kepayahan Dan kepayahan itu jugalah pembekal keras jati diri ini Yang bisa saja mencabar erti kedewasaanku Aku tetap bertamu di sini Meskipun jenuh hamparan tanah telah menjadi jajahan Apakah masih belum cukup lagi untuk Aku menghitung kira Atau masih belum cukup dewasa lagikah Aku intuk semua itu Atau Mungkinkah barangkali Aku sedetik terlewat Tenggelam di dalm kadar usia yang masih siang Sepasang Camar kelihatan sedang beriring terbang pulang petang Apa mungkin benar barangkali kata dewata itu Kits mengenal dunia dari suatu kelahiran Sedang Roh berdemayam penuh Agong berkekalan Aku tersenyum kerana Aku seolah membesar seusia Baros ini Masakan kulupa bahawa Aku harus kembali pulang pulang pada kenangan silam yang pernah menjanjikan seribu impian Tatkala lewat di bangku persekolahan Kini segalanya pasti Bilamana Aku telahpun kembali Kelulangan ini amat bererti sekali Ternyata kalian pasti dengan perakuan Tatkala diri ini tidak pernah memungkiri janji lewat pertemuan semalam Aku pasti.... Aku janji.... Kepulangan ini Bersama kedamaian Hidup ini Tiada pendustaan Apalagi kezaliman Aku Mungkin bermula dengan langkah bederta salam keamanan Di desa ini jugalah bakal menyaksikan sendiri Bagaimana waktu akan merubahkan segala galanya Tatkala janji sudah terpatri Ternoktah di penghujung jalan kesempurnaan Dan... Sinar cahaya kemenangan kan kembali terang bergemelapan menerangi setiap jalan harapan Bagi mereka yang benar benar sedar akan hakikat suatu kebenaran Bila mana Ketaatan mulai kembali bertamu ke seluruh sanubari setiap insan Yang tahu erti sebuah kehidupan. *****DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN..... @Qalby mokhtarabdullah@69gmail.com